Thursday 24 April 2008

Cadangan menarik balik dekstop

KESATUAN telah dimaklumkan cadangan unutk menarik balik dekstop telah DIBATALKAN. Kesatuan melahirkan rasa terima kasih atas pertimbangan Pengurusan kerana mengambil kira pandangan pekerja.

SEKRETARIAT NUJ-UM
..: BERSATU MEMBELA HAK PEKERJA :..

Sunday 20 April 2008

Perkembangan CA 2008-2011

BARISAN Exco NUJ-UM berjaya menyelesaikan pusingan pertama penyediaan cadangan baru bagi Perjanjian Bersama (CA) 2008-2011 minggu lalu antara lainnya merumuskan terma-terma perkhidmatan yang lebih kompetitif, adil dan berkebajikan.

Sesi perbincangan yang diadakan selama tiga hari berturut-turut di Pusat Latihan Utusan (PLU) di sini memasukkan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh para ahli NUJ-UM pada mesyuarat 18 Februari lalu.


Rumusan berkenaan juga mengambil kira rangkuman pandangan dan cadangan ahli-ahli kesatuan di biro-biro melalui siri lawatan exco sepanjang tahun lalu dan tahun ini ke Utara, Selatan dan Pantai Timur.


Jawatankuasa Penambahbaikan CA yang diketui oleh Pengerusi NUJ-UM, Helmi Foad akan membuat semakan semula pada mesyuarat bulanan Exco pada penghujung bulan ini sebelum mengemukakan cadangan baru itu kepada majikan pada Mei ini.


Bagaimanapun kesatuan masih bersedia menerima maklum balas daripada ahli NUJ-UM bagi melengkapkan kertas cadangan CA tersebut.

SEKRETARIAT NUJ-UM
..: BERSATU MEMBELA HAK PEKERJA :..

Pengurangan dan penarikan balik komputer

Kepada semua ahli NUJ-UM:

ADALAH dimaklumkan, Kesatuan tidak pernah menyatakan persetujuan ke atas tindakan mengurangkan jumlah komputer desktop ekoran kewujudan skim pinjaman laptop.

Kesatuan cuma mengingatkan sebarang tindakan perlu dipastikan tidak menjejaskan operasi harian dan keperluan pekerja.

Malah langkah NUJ-UM memanggil satu mesyuarat Jawatankuasa Kuasa Perundingan Bersama (JCC) pada 6 Mac lalu mengenai isu pinjaman laptop juga bertitik tolak daripada kebimbangan Kesatuan tentang implikasi penarikan dan pengurangan desktop.

Kesatuan telah menerima beberapa pandangan dan rungutan daripada ahli termasuk daripada para pegawai yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan mengurangkan komputer yang merupakan kelengkapan bekerja dan membabitkan operasi syarikat.

Pengurangan komputer tersebut dibimbangi akan membuatkan pekerja yang tidak membeli laptop akhirnya akan terpaksa membeli laptop.

Lagi pun, kita sedia maklum sejak dari dulu lagi jumlah desktop terutama di Jabatan Pengarang di Ibu Pejabat tidak pernah cukup. Jurang pemilikan komputer dengan jumlah pemberita begitu jauh.

Skim pinjaman laptop yang dibiayai sepenuhnya (TAK ADA SUBSIDI!!!!) oleh pekerja tidak seharusnya dijadikan sebab untuk mengurangkan komputer kerana laptop bertujuan sebagai pelengkap bagi memenuhi misi penghantaran berita/foto membabitkan asignment di luar kawasan.

Penggunaan laptop secara maksimum (belasah habis) dibimbangi akan memendekkan jangka hayatnya selain terdedah kepada kerosakan yang kerap. Kalau desktop reporter hendak ditarik atas alasan kerana mereka sudah ada laptop, maka adakah pegawai-pegawai dan pengarang yang turut membeli laptop akan turut ditarik desktop mereka?

Kesatuan berharap syarikat dapat menilai semua pandangan para pekerja dan rasa tidak puas hati yang ditimbulkan oleh mereka.

SEKRETARIAT NUJ-UM
..: BERSATU MEMBELA HAK PEKERJA :..

Friday 11 April 2008

Makluman berkenaan isu komputer riba

Hasil JCC mengenai isu lap top, syarikat bersetuju untuk memberikan broadband percuma kepada ahli-ahli NUJ yang telah memiliki laptop sebelum skim pinjaman laptop dilancarkan..

Mereka yang terbabit perlu menghantar laptop persendirian itu kepada Unit IT Utusan bagi tujuan pemeriksaan aplikasi sistem termasuk memasukkan perisian yang diperlukan.
Bagaimanapun perlu dipastikan perisian window pada laptop mereka mesti original.

Segala urusan tersebut boleh dirujuk kepada Unit IT untuk tindakan mereka.

SEKRETARIAT NUJ-UM
..: BERSATU MEMBELA HAK PEKERJA :..

Keputusan Pengurusan Syarikat berkenaan Isu Komputer Riba

Isu laptop yang dibangkitkan oleh NUJ semasa JCC pada 6 Mac 2008

Keputusan oleh Pengurusan Syarikat

1. Subsidi: Tiada Subsidi akan diberikan
2. Broadband : Kekal seperti sedia ada. Tetapi akan disemak semula selepas tiga tahun
3. Komputer Beli Sendiri: Lulus untuk dapat broadband, tetapi perlu mematuhi syarat perisian yang ditetapkan oleh Syarikat serta perlu kemukakan bukti pembelian laptop dan dapatkan pengesahan daripada Jabatan Teknologi Maklumat berkenaan dengan spesifikasi laptop.

SEKRETARIAT NUJ-UM
..: BERSATU MEMBELA HAK PEKERJA :..

Jawatankuasa Khas Penambahbaikan CA

MESYUARAT exco NUJ-UM pada 31 Mac 2008 lalu telah menubuhkan satu
jawatankuasa khas penambahbaikan CA yang bakal tamat menjelang julai
ini.

Selaras itu saya diamanahkan untuk mempengerusikan jawatan
penyediaan cadangan CA baru ni yang bakal kita serahkan kepada
syarikat pada mei ini.

Langkah pertama kesatuan dah ada akan meeting dengan ahli pada 18
Feb lalu bagi mendapatkan cadangan balas. tetapi setakat ini tidak ramai yg tampil untuk memberikan cadangan secara khusus. jadi NUJ masih terus membuka cadangan itu sekiranya ahli mempunyai pandangan... .

Insyallah kali ini kita akan berusaha untuk membuat yang lebih baik
demi kebaikan kita semua.


SEKRETARIAT NUJ-UM
..: BERSATU MEMBELA HAK PEKERJA :..