Sunday 20 April 2008

Pengurangan dan penarikan balik komputer

Kepada semua ahli NUJ-UM:

ADALAH dimaklumkan, Kesatuan tidak pernah menyatakan persetujuan ke atas tindakan mengurangkan jumlah komputer desktop ekoran kewujudan skim pinjaman laptop.

Kesatuan cuma mengingatkan sebarang tindakan perlu dipastikan tidak menjejaskan operasi harian dan keperluan pekerja.

Malah langkah NUJ-UM memanggil satu mesyuarat Jawatankuasa Kuasa Perundingan Bersama (JCC) pada 6 Mac lalu mengenai isu pinjaman laptop juga bertitik tolak daripada kebimbangan Kesatuan tentang implikasi penarikan dan pengurangan desktop.

Kesatuan telah menerima beberapa pandangan dan rungutan daripada ahli termasuk daripada para pegawai yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan mengurangkan komputer yang merupakan kelengkapan bekerja dan membabitkan operasi syarikat.

Pengurangan komputer tersebut dibimbangi akan membuatkan pekerja yang tidak membeli laptop akhirnya akan terpaksa membeli laptop.

Lagi pun, kita sedia maklum sejak dari dulu lagi jumlah desktop terutama di Jabatan Pengarang di Ibu Pejabat tidak pernah cukup. Jurang pemilikan komputer dengan jumlah pemberita begitu jauh.

Skim pinjaman laptop yang dibiayai sepenuhnya (TAK ADA SUBSIDI!!!!) oleh pekerja tidak seharusnya dijadikan sebab untuk mengurangkan komputer kerana laptop bertujuan sebagai pelengkap bagi memenuhi misi penghantaran berita/foto membabitkan asignment di luar kawasan.

Penggunaan laptop secara maksimum (belasah habis) dibimbangi akan memendekkan jangka hayatnya selain terdedah kepada kerosakan yang kerap. Kalau desktop reporter hendak ditarik atas alasan kerana mereka sudah ada laptop, maka adakah pegawai-pegawai dan pengarang yang turut membeli laptop akan turut ditarik desktop mereka?

Kesatuan berharap syarikat dapat menilai semua pandangan para pekerja dan rasa tidak puas hati yang ditimbulkan oleh mereka.

SEKRETARIAT NUJ-UM
..: BERSATU MEMBELA HAK PEKERJA :..

No comments: