Wednesday 13 February 2008

Al-Fatihah


SELURUH barisan kepimpinan NUJ-UM dan kakitangan Utusan Melayu merakamkan ucapan takziah kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan seluruh ahli keluarga atas pemergian ibu beliau ke rahmatullah semalam.

Kami mendoakan semoaga arwah ditempatkan dikalangan para solihin dan dicucuri rahmat atas rohnya.

SEKRETARIAT NUJ-UM

BERSATU MEMBELA HAK PEKERJA

Tuesday 5 February 2008

Skim Pinjaman Pembelian Komputer Riba

KESATUAN mengambil maklum mengenai cadangan (keputusan?) syarikat untuk membekalkan komputer riba (laptop) kepada para wartawan dan jurugambar Utusan.

Setakat ini, kesatuan tidak diberikan penerangan atau dipanggil membincangkan perkara tersebut meskipun ia membabitkan implikasi secara langsung kepada kewangan para ahli kesatuan.

Cadangan tersebut yang sudah didengar sejak penghujung tahun lalu difahamkan akan dilaksanakan dengan para pekerja perlu membuat pinjaman 100 peratus tanpa faedah dengan kemudahan broadband disediakan percuma.

Bagaimanapun sehingga kini tiada perincian mengenainya dikeluarkan termasuk sebarang pekeliling tapi dah jenuh heboh diperkatakan.

Di sini timbul beberapa persoalan:
  • Adakah pekerja diwajibkan mengikuti skim pinjaman komputer tersebut dengan perlu membuat pinjaman 100 peratus?
  • Kini hampir 50 peratus jurugambar dan wartawan sudah memilik komputer riba (nak tunggu syarikat sediakan lambat sangat!), adakah mereka perlu juga membuat pinjaman lagi dan adakah mereka juga akan diberikan kemudahan broadband percuma.
  • Adakah lepas ini syarikat tidak akan lagi menyediakan komputer (PC) atau mengurangkannya setelah semua wartawan perlu buat pinjaman komputer?
  • edangkan bagi penyediaan kelengkapan bekerja adalah tanggungjawab syarikat.
  • Kalau komputer itu mengalami kerosakan siapa yang akan tanggung kosnya. Pekerja? Sedangkan komputer itu digunakan untuk syarikat.
  • Adakah pinjaman 100 peratus itu berdasarkan harga komputer di pasaran? Kalau gitu sama je kalau kita beli sendiri.

Dulu syarikat pernah bercadang nak beri pinjaman atas dasar 50:50 tetapi kesatuan dalam usul pada Mesyuarat Agung Dwitahunan 2004-2006 buat ketetapan mahu kadar 70 peratus (syarikat) dan 30 peratus kakitangan.

Skim itu boleh diterima sekiranya harga yang dibeli adalah di BAWAH daripada harga pasaran. Dan pembelian perlu dibuat secara terus (direct nego) dengan syarikat pengeluar.

Bimbang nanti ada pihak tertentu cuba mengaut keuntungan atas angin sedangkan yang membayarnya adalah pekerja.


SEKRETARIAT NUJ-UM

..: BERSATU MEMBELA HAK PEKERJA :..