Friday, 11 April 2008

Makluman berkenaan isu komputer riba

Hasil JCC mengenai isu lap top, syarikat bersetuju untuk memberikan broadband percuma kepada ahli-ahli NUJ yang telah memiliki laptop sebelum skim pinjaman laptop dilancarkan..

Mereka yang terbabit perlu menghantar laptop persendirian itu kepada Unit IT Utusan bagi tujuan pemeriksaan aplikasi sistem termasuk memasukkan perisian yang diperlukan.
Bagaimanapun perlu dipastikan perisian window pada laptop mereka mesti original.

Segala urusan tersebut boleh dirujuk kepada Unit IT untuk tindakan mereka.

SEKRETARIAT NUJ-UM
..: BERSATU MEMBELA HAK PEKERJA :..

3 comments:

Anonymous said...

apa cite ni...syarikat faks kata pc di biro akan diambil balik kontra daripada staff yang ambil pakej pembelian laptop

ini tidak adil dan menindas kerana kita bayar bukan dapat free, tetapi dalam surat tu katanya, lap top yang "dibiayai oleh syarikat".

gunanya lap top tu ialah untuk pergi assignment jauh,,seperti gua musang yang pergi balik ambil masa enam jam.

minta tooooolong NUJ fikir secara serius untuk atasi perkara ini

Anonymous said...

nuj jgn jadi setan bisu...pasal isu laptop
tlg buat sesuatu jgn duk senyap je.apa guna yuran potong tiap bulan tapi kebajikan ahli tak dijaga

helmi foad said...

Assalamualaikum...

kepada semua ahli nuj-um.
saya sudah bercakap dengan encik zaharudin mengenai isu penarik balikan desktop pada jumaat lalu, dan saya maklumkan beberapa aduan dari state dan juga pegawai-pegawai yang rasa tidak puas hati.

saya pun sudah menyediakan kenyataan pada sabtu lalu (yang mungkin dalam proses layout oleh exco grafik kita)

zaha menjelaskan kepada saya memo adalah untuk tindakan ketua biro bagi menilai tentang desktop yang ada. kita minta ketua-ketua memberikan endorsement bahawa tidak perlu lah ambil balik desktop yang sedia ada.

-untuk rekod NUJ-UM telah memberikan maklum balas mengenai isu laptop pada 5 Februari lalu dan kemudian memanggil JCC pada bagi membincangkan perkara tersebut.