Sunday 20 April 2008

Perkembangan CA 2008-2011

BARISAN Exco NUJ-UM berjaya menyelesaikan pusingan pertama penyediaan cadangan baru bagi Perjanjian Bersama (CA) 2008-2011 minggu lalu antara lainnya merumuskan terma-terma perkhidmatan yang lebih kompetitif, adil dan berkebajikan.

Sesi perbincangan yang diadakan selama tiga hari berturut-turut di Pusat Latihan Utusan (PLU) di sini memasukkan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh para ahli NUJ-UM pada mesyuarat 18 Februari lalu.


Rumusan berkenaan juga mengambil kira rangkuman pandangan dan cadangan ahli-ahli kesatuan di biro-biro melalui siri lawatan exco sepanjang tahun lalu dan tahun ini ke Utara, Selatan dan Pantai Timur.


Jawatankuasa Penambahbaikan CA yang diketui oleh Pengerusi NUJ-UM, Helmi Foad akan membuat semakan semula pada mesyuarat bulanan Exco pada penghujung bulan ini sebelum mengemukakan cadangan baru itu kepada majikan pada Mei ini.


Bagaimanapun kesatuan masih bersedia menerima maklum balas daripada ahli NUJ-UM bagi melengkapkan kertas cadangan CA tersebut.

SEKRETARIAT NUJ-UM
..: BERSATU MEMBELA HAK PEKERJA :..

8 comments:

Anonymous said...

hidup NUJ-UM pejuangkan nasib pekerja. Jangan biarkan majikan rampas hak kita. Tingkatkan gaji baru kualiti dan prestasi pekerja bertambah.

Anonymous said...

``kenali musuh anda dan kenalilah diri anda sendiri, nescaya anda dapat mengharungi seratus pertempuran tanpa sebarang kekalahan.'' Sun Tzu

Anonymous said...

Assalamualaikum....

tahniah nuj kerana memulakan langkah awal bagi menyelesaikan masalah ca yang akan tamat tidak lama lagi...

bagus saudara basir kerana memberikan pujian... tetapi ingat tuan-tuan yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan ahli harus melakukannya dengan terbaik dan jangan sekali-kali termakan pujian seperti ini... (jadi cam pak lah nanti)....

tuan pengerusi dan ajk-ajk lain... saya mohon hanya satu benda... selesaikan masalah desk top dan lap top terlebih dahulu... kerana keadaan sekarang kian mendesak.. syarikat telah menipu pekerja secara senyap... dan selepas ini tidak tahu apa lagi yang akan ditipu...

mana ada tempat di dunia ini pekerja kena sediakan sendiri keperluan untuk bekerja.... adakah utusan akan memecah tradisi ini... suruh staf beli lap top dengan harga rm3,600 lepas itu ungkit kata dibiayai nak tarik desktop... takkan nuj tak nampak...

takkan nak tunggu ahli mengamuk baru nak bergerak.... di seremban jabatan it dah ambil desk top... malah ketua biro tidak berbuat apa-apa seolah-olah memberi sokongan kepada majikan... dan di tempat lain rasanye ketua biro backing majikan juga... jadi pada siapa kami nak bergantung harap.... sudah tentu nuj... tolong bantu kami....

jika nuj tidak mampu menyelesaikan masalah ini mungkin kami semua ahli perlu memikirkan cara lain untuk bertindak...

pun begitu kami masih menaruh harapan kepada nuj untuk menjadi payung bagi kami berteduh dan mengadu nasib....

ustaz helmi, tuan saiful dan saudara-saudara ajk yang lain... tolong bantu kami... jangan sampai kami ditipu untuk kali kedua kerana nuj terlalu lembab

sekian
terima kasih...

Anonymous said...

assalamualaikum...


saya ada beberapa cadangan untuk dipertimbangkan dalam perbincangan ca nanti...

1. perbezaaan masa kadet syip di antara jurugambar dan wartawan. contoh kenapa jurugambar berkelulusan diploma masa kadet syip hanya setahun manakala wartawan selama dua tahun... akan mewujudkan perbezaan gaji yang ketara sedangkan pemegang diploma melalui tempoh pengajian yang sama malah tanggungjawab wartawan lebih berat dari jurugambar...
contoh: kalau gambar tidak ada wartawan dulu kena jawab malah kadang-kadang jurugambar buat bodoh je...
kenapa tidak diselaraskan...

2. elaun perpindahan...
harus dinaikkan kerana terlalu rendah terutama bagi mereka yang berpindah jauh, contoh dari johor ke kedah... dan tuntutan penginapan (hotel) harus diberikan penuh sekiranya dipindahkan.


setakat itu saja dulu kalau ingat lagi nanti saya komen lagi...

Helmi Mohd Foad said...

salam...

kesatuan menerima segala komen dengan terbuka dan lapang dada...
kami tidak harapkan pujian kerana amanah yang dilaksanakan itu adalah demi semua ahli. Kami meraikan semua pandangan.
----berkenaan isu laptop, kesatuan sudah bertindak berdasarkan kemampuan yang ada. bulan ini saja memang dipenuhi dengan jcc berkaitan laptop.
tapi kami tidak boleh hanya tumpukan satu isu sebaliknya perlu laksanakan tugas-tugas yang sama penting.
anda mungkin rasa tertipu bila desktop nak tarik balik tapi ada rakan kita yang terpaksa hilang pekerjaan, rakan-rakan kita prof reader ini adalah bulan terakhir jawatan prof reader lepas ini akan jadi dinasour.
kesatuan pastikan mereka tetap ada pekerjaan meskipun terpaksa meninggalkan UIA.

-selain CA yang dianggap kritikal, kesatuan juga bersiap sedia untuk membuat persiapan mesyuarat agung pada jun ini dan pemilihan.

pengalaman sebagai setiausaha pada penggal lalu, inilah kerja paling rumit kerana ia membabitkan perlembagaan.

--------tapi kadangkala kita terpaksa menelan saja kecewa apabila yang hadir mesyuarat agung hanya beberapa ahli yang benar-benar setia sejak dulu.

kami ucapkan terima kasih atas beberapa pandangan mengenai CA, yang kami sedia pertimbangkan.

Helmi Mohd Foad said...

pembetulan--
meninggalkan NUJ-UM dan bukannya UIA...typing error.

Anonymous said...

Ketua biro Seremban pun dah kena pakai laptop sendiri... Nak kata apa skang ni... Kikikikikiki

Biro Seremban

Anonymous said...

bila ada masalah semua minta tolong dekat NUJ-UM. Bila minta buat surat pengaduan semua mengelak takut...apa sudah jadi dengan ahli kita yang semuanya penakut