Monday, 19 March 2007

PEKELILING: AMALAN YANG BERTENTANGAN DENGAN PERJANJIAN BERSAMA (CA)

Kepada;
Semua ahli Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia Cawangan Utusan Melayu (NUJ-UM)

Mesyuarat bulanan Exco NUJ-UM pada 15 Mac 2007 telah membentangkan laporan bahawa masih terdapat sesetengah Ketua Meja dan Ketua Biro mengamalkan tindakan yang bertentangan dengan CA membabitkan Perkara 20: Hari Bekerja.

Perkara ini dapat dikesan apabila laporan diterima membabitkan Meja Mahkamah tetapi ia telah berjaya diselesaikan setelah Kesatuan mengemukakan laporan rasmi kepada majikan susulan perkara itu itu dibangkitkan oleh Kesatuan ketika pertemuan dengan Tan Sri Pengerusi Eksekutif pada 15 Februari 2007.

Malangnya, Kesatuan mendapat laporan bahawa fenomena tersebut masih berlaku di meja-meja lain termasuk di biro tertentu melakukan perkara yang sama.

Antara amalan yang telah dikenal pasti oleh Kesatuan ialah;

1. Jadual kerja yang melebihi lima hari dalam seminggu tanpa diberikan off day hingga menjejaskan pekerja.

2. Memaksa pekerja menggantikan off day dan tidak dibenarkan menuntut bayaran berganda pada hari tersebut sedangkan pekerja telah dipanggil bekerja pada hari off day atau cuti umum.

3. Dalam satu kes, tuntutan bayaran gaji berganda dipotong dan memaksa pekerja hanya ambil ganti off day sedangkan tiada peruntukan dalam CA yang membenarkan perkara itu dilakukan.


Bagi rujukan dalam Perkara 20: Hari Bekerja telah dinyatakan;

a) Pekerja akan bekerja lima (5) hari dalam satu (1) minggu.

b) Ketua atau penolong tiap-tiap bahagian yang berkenaan akan menyediakan jadual bertugas bulanan bagi pekerja dengan menyatakan hari rehat pekerja.

c) Jika perkhidmatan pekerja diperlukan, Syarikat boleh meminta ia bekerja pada hari rehatnya atau Hari Cuti Amnya (Cuti Umum), dengan dibayar gaji berganda (double pay) menurut kadar gaji dan jumlah hari ia bekerja.


Kesatuan memandangkan serius perkara ini dan mahu ahli-ahli tampil mengemukakan laporan rasmi kepada kesatuan sekiranya amalan berkenaan berlaku agar tindakan segera dapat diambil bagi memastikan amalan yang bertentangan CA ini tidak terus berlarutan.

Sekian. Terima Kasih


TEGUHKAN NUJ, BELA HAK PEKERJA

HELMI MOHD FOAD
Pengerusi NUJ-UM 2006-2008

5 comments:

Anonymous said...

perkara ni sepatutnya tidak hanya dibincangkan melibatkan ketua meja tetapi semua ketua biro sbb ada di kalangan ketua biro yang pandai2 wat ganti2 off ni slps suruh reporter/jurugambar kerja. so NUJ sepatutnya turun sampai state supaya arahan ni lebih meluas. jangan hanya jaga staff di HQ.

satu lagi, sila sebarkan tentang kewujudan blog ni kepada semua ahli..TQ

Anonymous said...

Sepatutnya buku CA nie kena berikan kepada Pengarang, Ketua Unit dan Ketua Meja sekali... suruh mereka hafal sebelum ambil alih jawatan ketua...

Kalau tak paham apa itu 'Perjanjian Bersama'lebih baik jadi tukang sapu jer!!

Anonymous said...

sokong....

Anonymous said...

pasal apa semua komen anonymous saje, tak de ke berani pakai nama sendiri

Nia said...

People should read this.