Wednesday 4 June 2008

Harga minyak naik. Elaun kenderaan perlu segera naik

(pic: dipetik dari malaysiakini.com)

Kepada semua ahli NUJ-UM (sila sebarkan)


Kesatuan memandang serius implikasi kenaikan harga minyak petrol sebanyak 78 sen seliter berkuatkuasa lepas tengah malam ini (5 Jun 2008) ke atas ahli-ahli NUJ-UM termasuk kemungkinan peningkatan harga barangan dan kos sara hidup selepas ini.


Bagi makluman para ahli, kesatuan telah mengemukakan secara rasmi cadangan Perjanjian Bersama (CA) 2008-2011 kepada syarikat pada 15 Mei 2008 antaranya membabitkan soal kenaikan gaji, elaun kenderaan dan elaun sara hidup serta penambah baikkan terma-terma perkhidmatan.

Cadangan yang dikemukakan itu adalah mengambil kira unjuran kenaikan inflasi dan pelbagai aspek berkaitan industri persuratkhabaran berasaskan konsep kompetitif, adil dan berkebajikan.

Bagaimanapun dengan perkembangan terkini, kesatuan berpandangan satu langkah segera perlu dilakukan bagi mengatasi implikasi kenaikan harga minyak kerana ia membabitkan operasi syarikat.

Oleh demikian, antara langkah drastic yang perlu dilakukan ialah memanggil satu mesyuarat Jawatankuasa Bersama (JCC) dengan majikan bagi membolehkan kadar elaun kenderaan yang sedia ada dinaikkan pada kadar yang lebih munasabah.

Langkah ini perlu dilaksanakan secara berasingan tanpa perlu menunggu proses rundingan CA baru bermula memandangkan pekerja perlu menangung kos operasi syarikat pada kadar harga minyak yang baru.

Ini juga termasuk kadar tuntuan perbatuan di mana eksekutif dan KKPA telah diselaraskan pada 60 sen sekilometer tetapi NUJ masih kekal pada kadar 50 sen sekilometer.

Kesatuan juga berharap dengan perkembangan terkini, syarikat dapat mengemukakan maklum balas cadangan CA dengan kadar segera bagi membolehkan proses perundingan dimula dengan secepat mungkin.

Ini demi kebaikan dan kebajikan para pekerja yang menjadi aset utama syarikat.


Sekian.

HELMI MOHD FOAD
Pengerusi NUJ-UM

7 comments:

Anonymous said...

syabas nuj cepat bertindak, minta tgk cara bos crime tegur orang... kurang ajar

Anonymous said...

Kenapa elaun kenderaan je, bagaimana pula Artis Grafik yg tiada elaun kenderaan?

Biar menyeluruh... harga beras, harga telur dan yang lain-lainnya bakal naik ekoran kenaikan harga minyak. Elok mintak perkara yg menyeluruh spt Cola dsb.

Helmi Mohd Foad said...

salam, kepada rakan-rakan semua, selepas ini anda boleh terus berinteraksi dengan saya dalam

helmifoad.blogspot.com

untuk terus kan wacana kebebasan akhbar dan perjuangan membela golongan mustad`afin.
Selawat..
Allahuma salli ala muhammad wa ali muhammad!!!1

Helmi Mohd Foad said...

salam, kepada rakan-rakan semua, selepas ini anda boleh terus berinteraksi dengan saya dalam

helmifoad.blogspot.com

untuk terus kan wacana kebebasan akhbar dan perjuangan membela golongan mustad`afin.
Selawat..
Allahuma salli ala muhammad wa ali muhammad!!!1

Helmi Mohd Foad said...

salam, kepada rakan-rakan semua, selepas ini anda boleh terus berinteraksi dengan saya dalam

helmifoad.blogspot.com

untuk terus kan wacana kebebasan akhbar dan perjuangan membela golongan mustad`afin.
Selawat..
Allahuma salli ala muhammad wa ali muhammad!!!1

Helmi Mohd Foad said...

NUJ BERSATU
Kepada semua ahli NUJ-UM

Dengan segala hormatnya kami memohon sokongan anda sekelian agar memberikan sokongan kepada calon-calon NUJ BERSATU bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa NUJ-UM 2008-2011.

Pilihlah dengan bijak bagi masa depan kita dan membentuk pasukan yang mantap bagi rundingan Perjanjian Bersama (CA 2008-2011)

NAIB PENGERUSI

1. MOHD NOOR BUJANG (Artis Grafik- Penyandang jawatan dan mempunyai pengalaman dalam exco sejak 2000)

SETIAUSAHA CAWANGAN

1. SAIFULIZAM MOHAMAD (Wartawan – Penyandang jawatan)


BENDAHARI CAWANGAN

1. HAJI YAZID ISMAIL (Artis Grafik) – Bekas pembaca pruf dan berpergalaman sebagai bendahari lebih tiga penggal)


AHLI JAWATANKUASA CAWANGAN

1.MUHAMMAD BASIR ABU BAKAR (Wartawan Kosmo! – Penyandang jawatan)
2. NOOR AZLINA JAAFAR ( Jurufoto – Penyandang jawatan)
3. BAHARUDDIN RESEH @ HJ YAACOB ( Artis Grafik - Penyandang jawatan)
6. MOHD NIZAM ABDULLAH (Wartawan Mingguan, dikenali sebagai Nizam Kring-kring, muka baru)
7. MAZLINA ABDUL MAJID ( Wartawan Kosmo!, muka baru)
8. WAN SYAMSUL AMLY WAN SEADEY (atau dikenali sebagai Tomok, Wartawan Utusan Malaysia)

Anonymous said...

Salam NUJ, saya berpendapat pihak pengurusan tak dapat memberi apa yang kita minta kerana ada wartawan yang banyak bawa cerita fitnah/palsu sehingga banyak kes-kes saman dari pihak-pihak dan individu-individu luar terhadap Utusan berjaya di mahkamah. Saya berharap kita dapat nasihatkan segelintir wartawan2 tersebut...Wassalam