Monday 18 December 2006

Batalkan Penggabungan

Mesyuarat EXCO 14 Disember 2006 membantah keras Penggabungan Utusan Melayu - NSTP. Dengan itu adalah diminta semua ahli:

Meneruskan pemakaian lencana bantahan (UTUSAN NOT FOR SALE), jika belum memilikinya, sila dapatkan dari EXCO NUJ yang terdekat.

Meneruskan usaha mengumpul tanda tangan untuk memorandum.

Sembahyang hajat pada hari Khamis 21 Disember selepas Maghrib di Surau al-Huda, CSL.

TEGUHKAN NUJ, BELA HAK PEKERJA

Saturday 16 December 2006

Apa dah jadi??


Pengurusan kata Utusan tak cukup duit, sebab itu beriya-iya hendak bergabung!!

Tapi sebenarnya pengurusan yang tidak cekap hingga syarikat kehilangan berjuta
ringgit!!

Siapa yang bertanggungjawab kes kecurian kertas cetak sebanyak RM1.5 juta di Prai, Pulau Pinang? Kes bawa lari cukai kertas (RM2.3 juta)??


Siapa lantik ejen tak
bertanggungjawab sedangkan ejen lama tak bermasalah??

Syarikat akui ia akibat
kecuaian, tapi siapa sebenarnya yang cuai??

Apakah ada pihak yang
mempunyai kepentingan dalam syarikat ejen itu??

TEGUHKAN NUJ, BELA HAK PEKERJA