BARU-BARU ini NUJ-UM menerima aduan daripada seorang ahli Kesatuan
menyatakan beliau ditugaskan untuk membuat liputan ke sebuah negara
jiran.
Malangnya majikan enggan meluluskan elaun tugas luar sebagaimana yang
termaktub dalam Perkara 36 Perjanjian Bersama (CA).
Berdasarkan perkara tesebut pekerja yang menjalan tugas luar diberikan
elaun tugas luar iaitu negeri dalam Semenanjung Malaysia sebanyak RM70
sehari, Sabah dan Sarawak (RM100).
Bagi tugas ke negara ASEAN adalah RM150 sehari manakala negara-negara
lain USD 80.
Alasannya, apabila Kesatuan meminta penjelasan daripada majikan,
mereka menyatakan tindakan itu berpandukan klausa (f) Perkara 36
menyebut;
"Pekerja yang diberi peluang ke luar negara oleh Syarikat atas
jemputan atau anjuran mana-mana pihak yang dibiayai sepenuhnya, tidak
tertakluk kepada elaun-elaun di bawah Perkara 36."
Makanan
Dalam hal ini, mereka mendakwa penganjur menyediakan makanan dan
penginapan hotel kepada pekerja terbabit, jadi dia tidak layak
mendapat elaun tugas luar kerana dianggap pekerja itu dibiayai
sepenuhnya.
Seorang pegawai kanan Sumber Manusia memberikan alasan ini- Bahagian
kewangan meminta elaun itu tidak bayar. Kononnya bertepatan dengan
CA.
Sedangkan selama ini sudah menjadi amalan biasa (normal practice)
bahawa semua tugasan luar diberikan elaun walaupun penganjur
menyediakan makanan.
Apa tafsiran dibiayai sepenuhnya? Selama ini Perkara 36 itu telah
sedia ada dalam CA sejak sekian lama tapi tidak pernah timbul pula
elaun tidak diberikan.
Lagi pun sepanjang proses perundingan kita tidak pernah menetapkan
bahawa elaun tugas luar itu adalah semata-mata kos belanja untuk
makanan.
Elaun tugas luar adalah kerana bertugas membuat liputan di luar
kawasan atau negara dan bukannya elaun makan.
Apa hairan dengan makan? Kita pergi asignment pun orang selalu bagi
makan. Biasalah penganjur mesti memuliakan tetamu dengan jamu makan.
Tapi pekerja hanya mahu haknya untuk mendapat elaun.
Lainlah kalau penganjur beri elaun atau duit poket, barulah dikatakan
dibiayai sepenuhnya.
Pekerja yang kena bertugas di luar negara sebelum pergi out station
pun mesti tinggalkan wang untuk anak isteri tapi Utusan Melayu bila
suruh pekerja ke luar negara tak nak bagi duit pulak.
Malah kalau ke luar pasti banyak perbelanjaan yang tidak boleh kita
rancang. Apa kata kalau terkandas di mana-mana tempat. Nak pakai duit
mana? Kalau begitu apa istimewanya ke luar negara?
Kita bukannya pergi makan angin dan bersantai tapi kejar waktu untuk
‘ketuk’ story dan kalau balik sekurang-kurangnya buat rencana untuk
Mega atau Mingguan.
Majikan cuba membuat tafsiran sendiri tentang klausa dalam Perkara 36
itu semata-mata mahu mengurangkan kos dengan cara cuba menafikan hak
pekerja.
Mereka bertindak dulu untuk tengok reaksi kesatuan? Tetapi mereka
silap, Kesatuan tidak bersikap berdiam diri.
Sebarang amalan sedia ada sepatutnya tidak boleh sewenang-wenangnya
diubah dan patut dibawa ke meja perundingan bagi mendapat kata putus
dan pandangan Kesatuan.
Adakah majikan tidak sedar bahawa bukan senang pekerja bertugas ke
luar negara. Malah banyak jemputan daripada pihak luar ditolak oleh
majikan kerana takut terpaksa bayar elaun.
Majikan kenalah timbangkan, kalau jemputan itu boleh membantu pekerja
meningkatkan ilmu pengetahuan dan pendedahan bertugas luar negara,
hantarlah mereka.
Jangan esok wartawan Utusan Melayu jadi katak bawah tempurung.
Apatah lagi kalau sesuatu jemputan itu boleh merapatkan hubungan
dengan penganjur yang akhirnya memberikan pulangan dari segi nilai
berita dan pemberian iklan bagi pendapatan syarikat.
Ini kerana semua perbelanjaan seperti hotel dan pengangkutan
ditanggung oleh penganjur. Syarikat cuma beri elaun tugas luar itu pun
kedekut nak bagi. Tetapi pegawai tukar kereta baru ketika jualan
akhbar kumpulan merosot boleh pula.
Kononnya nak jimat tetapi sebenarnya pegawai-pegawai yang banyak
perhabiskan duit untuk ke luar negara yang kadang-kadang sampai pergi
beramai-ramai, hasilnya hampeh!
Kesatuan sekali lagi ingatkan… jangan uji kami!
Tuesday, 7 August 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ini semua nak tengok nuj-um ni peka ke tidak.
tengok la dia orang dah buat kat ekesekutif macam mana- yang keluar out station tidak akan dibayar elaun kecuali berada di tempat asignment sampai lapan jam then baru boleh claim.
tapi nuj-um, kalau tugas luar daerah kurang dari lapan jam boleh claim separuh.
rasanya inipun majikan try nak fikir macam mana nak tarik balik.
nak jimat duit compeny tapi dengan cara ambil hak kita- mana aci gitu
aku dengar cerita, ada sebab ekskutif kena potong elaun out station, ada yang buat t**k dengan hr, tu yang terus keluar memo, padan muka eksekutif.... kah kah kah
ramai eksekutif yang tak puas hati juga pasal elaun out station tu...agaknya sapa la eksekutif yang buat fasal tu? sian kat orang lain kan..
Post a Comment