Monday, 5 March 2007

Liputan banjir: Majikan perlu lebih prihatin

Kasihan... itulah yang dapat saya simpulkan apabila
melihat nasib wartawan dan jurufoto kita yang membuat
liputan banjir besar yang berlaku
di Johor pada Januari lalu.

Apa yang boleh saya katakan di sini, mereka terpaksa
berkorban untuk mendapatkan berita dan gambar terbaik
bagi tatapan pembaca Utusan Malaysia, Mingguan
Malaysia, Kosmo! dan Kosmo Ahad!.

Semasa membuat liputan mereka khususnya di daerah Kota
Tinggi (daerah yang paling teruk dilanda banjir)
langsung tidak dibekalkan dengan peralatan keselamatan
oleh pihak majikan seperti mana rakan-rakan mereka
dari syarikat akhbar yang lain.

Walau apa pun saya kagum dengan semangat yang mereka
khususnya saudara Kamil Maslih dan jurugambar
Nooradzrene Mohd. Noor atau Bob iaitu petugas
kita yang membuat liputan di Kota Tinggi.

Walaupun dengan duit poket tidak sampai RM40 mereka
komited terhadap setiap tugasan yang diberikan.

Malah semasa mereka terperangkap di Kota Tinggi
selepas air naik lebih 5 meter selama beberapa hari,
Kamil dan Bob terpaksa makan apa sahaja untuk
meneruskan hidup.

Mereka makan kerak nasi dengan berkuahkan sos tomato.
Ada satu ketika, mereka hanya empat menjamah roti
canai dengan berkuahkan air hujan.

Bagaimanapun pengalaman mereka itu memberi seribu satu
pengajaran yang perlu diamati bersama. Bagi kami
barisan exco NUJ-UM, banyak perkara yang harus
diperbaiki sekiranya kita mahukan wartawan dan
jurufoto bekerja dalam keadaan lebih selamat.

Kami mahu pihak majikan selepas ini lebih prihatin
dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk petugas
yang membuat liputan tentang banjir.

Majikan perlu menyediakan jaket keselamatan, but getah
serta wang pendahuluan. Jangan nanti pada musim banjir
akan datang ada petugas kita yang terkorban akibat
dihanyut arus banjir hanya disebabkan majikan gagal
menyediakan peralatan yang diperlukan.

3 comments:

Anonymous said...

``Saya secara peribadi merakam tahniah kepada ahli-ahli kesatuan yang telah bertungkus lumus untuk membuat laporan terbaik walaupun terpaksa mengharungi pelbagai rintangan. Pada masa depan kami akan pastikan majikan akan lebih melihat perkara ini dengan serius.


- Helmi Mohd Foad
Pengerusi NUJ Caw Utusan Melayu

mart_no said...

Majikan hanya mementingkan majlis perkahwinan anak Pengerusi berjalan lancar... tetapi mengabaikan kelancaran staf ketika buat liputan yg boleh membahayakan nyawa...

Anonymous said...

tahniah di ucapkan kepada kwn yang kita yang bekerja kuat menaikkan nama dan pendapatan syarikat. Bukan macam sesetengah orang yang menghabiskan duit syarikat buat kenduri peribadi dan melancong keluar negara.