Monday 18 December 2006

Batalkan Penggabungan

Mesyuarat EXCO 14 Disember 2006 membantah keras Penggabungan Utusan Melayu - NSTP. Dengan itu adalah diminta semua ahli:

Meneruskan pemakaian lencana bantahan (UTUSAN NOT FOR SALE), jika belum memilikinya, sila dapatkan dari EXCO NUJ yang terdekat.

Meneruskan usaha mengumpul tanda tangan untuk memorandum.

Sembahyang hajat pada hari Khamis 21 Disember selepas Maghrib di Surau al-Huda, CSL.

TEGUHKAN NUJ, BELA HAK PEKERJA

5 comments:

Anonymous said...

Batal jangan x batal...

Anonymous said...

camner ni... macam jadi gabung jer.. desas-desus semakin kuat....

Anonymous said...

‘Dayus jika biar Utusan Melayu dikawal pihak lain’
Oleh HELMI MOHD FOAD

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Tindakan membiarkan Utusan Melayu (M) Bhd. dikawal oleh pihak lain melalui cadangan penggabungan dengan The New Straits Times Press (NSTP) boleh dianggap sebagai dayus kerana ia akan menjejaskan budaya dan maruah orang Melayu.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan yang mahu diambil tidak sepatutnya tertumpu kepada soal perniagaan sebaliknya mesti mengambil kira roh perjuangan Utusan Melayu dalam meneguhkan kerajaan, parti dan membangkitkan kesedaran orang Melayu.

‘‘Kalau cadangan penggabungan itu dilaksanakan juga saya adalah orang pertama yang akan mengisytiharkan ini adalah langkah yang tidak mengenal bangsa.

‘‘Akhirnya dari segi budaya, adalah dayus kalau Utusan Melayu dikawal oleh orang lain, ini soal budaya Melayu, saya tidak boleh diam,” tegas beliau di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan penggabungan Utusan Melayu dan NSTP yang sehingga kini telah mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta pembaca Utusan.

Rais yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyatakan, kedudukan Utusan Melayu sebagai wadah dan suara orang Melayu tidak boleh dikorbankan kerana harganya tidak boleh dinilai dalam percaturan ekonomi semasa.

‘‘Mesej yang telah dibawa oleh Utusan Melayu selama ini tidak ternilai harganya dengan kos ekonomi yang cuba dicongak oleh pihak-pihak tertentu,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semula terhadap pesanan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Razak pada 1972 bahawa adalah wajib dan menjadi tanggungjawab orang Melayu yang mewarisi Utusan Melayu sebagai pusaka bangsa untuk mempertahankan syarikat itu sebagai institusi dan lambang kebolehan anak-anak Melayu berdikari.

Rais menyatakan, cadangan penggabungan sebenarnya tidak perlu kerana kerajaan negeri dan syarikat milik kerajaan (GLC) boleh membantu Utusan Melayu dalam menyuntik dana melalui pengiklanan.

‘‘Apatah lagi kini UMNO memimpin kerajaan yang paling kuat, malah ini merupakan pengulangan sejarah tahun 1939 apabila orang Melayu mengumpulkan dana untuk menubuhkan Utusan Melayu,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa tindakan penggabungan akan membawa kepada monopoli media yang tidak sihat dan langkah seperti itu terbukti tidak memberi keuntungan apabila penggabungan syarikat media AOL-TIME Warner telah menemui kegagalan.

Tambahnya, penggabungan syarikat akhbar Cina di negara ini juga menunjukkan akhbar Cina tersebut sudah tidak sihat dan Utusan Melayu juga bakal menerima nasib yang sama sekiranya langkah sedemikian diambil.

‘‘Jika diambil alih, kita tidak akan dapat menentukan roh bahasa Inggeris mungkin muncul untuk menindas perkembangan bahasa Melayu.

‘‘Dan UMNO juga tidak akan dapat lagi mempunyai pegangan yang jelas terhadap akhbar,” katanya.

Anonymous said...

hidup utusan melayu. Utusan Melayu adalah suara keramat. Mana pergi semangat yang kononnya utusan melayu sebagai suara keramat.
Orang yang sokong penggabungan adalah pembelot melayu. Mereka yang sokong penggabungan kena keluar dari utusan melayu.
Tentu nenek moyang kita yang keluarkan duit RM1 setiap seorang dulu akan kata kita ni pemusnah bangsa.
pertahankan maruah melayu. utusan melayu adalah maruah kita.

mart_no said...

Utusan Melayu tak jadi gabung... yahooooooo.com... semoga ia hanya jadi lipatan sejarah.

Jadi peringatan untuk adik-adik, anak-anak, cucu-cucu, oneng-oneng kita yang mewarisi Utusan Melayu! Hidup NUJ-UM!!!