Saturday 28 June 2008

Lensa NUJ-UM: Pemilihan NUJ-UM 2008-2010

Proses pengiraan undi pemilihan NUJ_UM 2008-2010

6 comments:

Anonymous said...

hello, ada orang ke, macam kubur, senyap terus lepas menang dan kabinet ditubuh..buatlah sesuatu

Anonymous said...

Antara sebab dalam petisyen terkini mendesak nasir ali dan wan nor asmah meletak jawatan:

"mengadakan acara promosi akhbar kosmo dan majalah keluaran kumpulan utusan secara tidak terkawal...."

Nampaknya NUJ-UM tak suka dengan kosmo dan kumpulan majalah. Takkan kerana Utusan Malaysia dah begitu popular dan tak memerlukan sebarang promosi, produk syarikat yang lain seperti kosmo perlu dikecam? Dah nama akhbar baru menapak, mestilah promosi gila-gila. Kalau ikut seubah syarikat minuman gergasi dunia, Coca-cola, mereka pun masih mengiklan di setiap ruang yang boleh, walaupun dah No. 1 brand.

Kalau NUJ-UM tak suka kat kosmo, mungkin kosmo boleh bukak cawangan NUJ tersendiri.

Anonymous said...

agak mendukacitakan apabila melihat petisyen yang diedarkan. membuatkan penulis terfikir, adakah kita akan terus mencari langkah utk mendesak individu-individu tertentu meletak jawatan setiap kali permintaan tidak ditunaikan? adakah perjuangan berakhir dengan cara begitu?

ia menampakkan bahawa kita kebudak-budakan dan senang berputus asa.

bukankah lebih baik sekiranya kita mencuba sebaik mungkin di meja rundingan? dapatkan kata sepakat sungguhpun usaha pertama ditolak mentah-mentah. teruskan usaha kedua, ketiga dan seterusnya. bukankah lebih baik sekiranya 1 daripada 3 permintaan ditunaikan, daripada tiada langsung?

petisyen yang diedarkan boleh dikatakan 'gives a bitter taste to the mouth'. ada point-point yang tidak dapat dipersetujui e.g promosi kosmo dan majalah.

harap paham, promosi dilakukan demi akhbar dan majalah itu sendiri. kita harus ingat bahawa tunggak utusan bukan hanya bergantung pada akhbar mainstreamnya tetapi juga majalah. ratusan, malah mungkin ribuan pekerja utusan berada dalam bahagian berbeza untuk utusan, baik utk percetakan, akhbar tabloid, grafik etc bergantung hidup pada penjualan itu.

harap pihak nuj-um dapat memahami mengapa terdapat ahli yang tidak menandatanganinya. bukan taknak, tetapi merasakan ada cara yang boleh dibuat daripada mengambil short-cut sebegitu rupa. lagipun, ada point-point yang tidak berapa dapat diterima.

kita harus ingat kelebihan nuj-um ialah kakitangannya merupakan tunggak syarikat itu sendiri.

marilah kita semua mematangkan diri dan meneruskan usaha gigih, dengan jawatankuasa baru, haruslah dimulakan dengan semangat dan azam baru.

Helmi Mohd Foad said...

Assalamualaikum wrt wbt

Pertamanya, sebelum saya memberikan pandangan, ingat dijelaskan bahawa ini, ini bukan mencampuri urusan kesatuan.
Tetapi sekadar pandangan.

Pertama, memang saya terkilan kerana blog yang telah dibangun tidak sepertinya ini terus sepi dan tidak diupdate kan selepas tiga bulan line up baru.
Kalau lah blog yang dibangunkan saudara roslan melalui arahan saya ketika memimpin dulu tidak baik, maka kenapa tidak dibangunkan blog yang lebih canggih?

saya tidak kisah kalau norela kata orang tidak minat blog, tapi at least suara ahli tetap dapat disalurkan dalam ruang komen.

mengenai petisyen itu. i reserve my comment.

Tetapi apa yang penting ialah bagi saya persoalan utama ialah sebagai ahli biasa (gurauan kawan-kawan menggelar saya mantan- ikut suka hang pa la, tapi yang penting saya bukan yang tidak ketahuan),
kesatuan perlu mendesak rundingan CA dipercepatkan untuk dimulai, setelah syarikat menolak semua tuntutan membabitkan langkah mengurangkan beban kenaikan harga minyak. iaitu sejak tahun 2002 kita sudah menyerap kenaikan sebanyak 62 sen dan kemudian dicampurkan kenaikan 78 sen pada Jun lalu.

saya berpendapat ini masa terbaik untuk segera kita mulakan rundingan. Sebab2nya tidak perlu saya dedahkan di sini kerana ia membabitkan strategi-strategi.

bagi saya nasir ali perlu segera memanggil rundingan. tiga bulan sudah cukup untuk menilai semua proposal yang telah dihantar.
Wan asmah sudah boleh membuat unjuran prestasi kewangan syarikat.

sekarang ini saya mencadangkan kita perlu terus desak rundingan dimulakan. ada kondisi-kondisi tertentu yang menyebabkan saya berpendapat demikian. dan sekali lagi ia tidak boleh saya dedahkan.

dan kita mahu tahu dan lihat apa 55pembaharuan utusan yang dijanjikan oleh saudara aziz pada april lalu.

Kita mahu lihat break through dilakukan oleh syarikat, berfikirlah di luar kotak.

tan sri ada menegur dia tak mahu tengok lagi, promosi hanya buat konsert. ya itu saya setuju, uruf fasidah itu tidak harus diteruskan tapi perlu direkonstruk menjadi uruf tayibah wal hasanah.
melalui cara apa? tuhan kata wabtaghu ilaihi wasilah...carilah pelbagai jalan.
----
fikirlah promosi yang mudah, tapi memberikan impak maksima.

salam, kita jumpa dilain masa,

Li Khidmati Imam Al Zaman, wa sahhalllhu mahkrajak. Selawat..

Anonymous said...

inna lillahi wan inna ilaihurajiuuunnnnn.

mari kita kuburkan jenazah blog ini. dan kita sama-sama talkinkan dia.

al-fatihah

Anonymous said...

Orang Utusan tak celik IT gamoknya...